Pages

Aku

Nama aku Anas Rahmat, ape yang aku dan korang paham pasal seni,, ???


Indah, cantik, lawa, hebat, marvelous, semua perkataan yang biasa kita dengar pasal seni, bila cakap pasal seni, orang mula kaitkan lukisan yang cantik-cantik dan hebat, walhal banyak lagi benda yang berkait rapat dengan seni, ada plak yang kata "aku tengah menyonteng dinding ni, ini pon seni jugak"....

Terlalu luas maksud yang berkaitan dengan seni, terlalu banyak yang nak dirungkai, dari Seni zaman pertengahan hingga Seni  Abad ke 20, sampai tak terungkai dengan kata2, apa yang aku tahu seni tu indah dan sangat best kalau kite pahami, aku bukanlah seorang yang arif dan faham sangat pasal seni, tapi aku amat meminati seni, aku tak pandai melukis, tapi kalau setakat lukis kartun lidi tu, boleh tahan jugak la hebatnya.

Masa aku kanak-kanak aku memang suka melukis, lukisan yang aku lukis mase kanak-kanak memang cantik (pada perasaan aku), aku selalu la masuk pertandingan melukis, selalu jugaklah aku menang hadiah, aku memang minat melukis, aku selalu fikirkan yang aku akan jadi seorang pelukis yang hebat pada suatu masa nanti. Bila aku dewasa, minat aku pada drawing still lagi hebat, tapi sayangnya, lukisan yang aku lukis pada waktu aku dewasa, still sama masa strokenya masa time aku  kanak-kanak  dahulu, baru lah aku sedar yang aku hanya hebat melukis pada zaman aku kanak-kanak dahulu.