Pages

Rabu, 27 Oktober 2010

Seni Kaki Lima

Dah lama aku tak update blog, sori kepada semua pembaca dan follower sebab aku tak nyempat nak update blog aku ni, Ini aku nak cerite sket pasal Art yang semakin rancak melabuh di negeri kesayangan aku Johor Bahru,

beramai-ramai menconteng kiosk AUR

Aku bangga dengan member aku (Taib Razak) yang dah memang berani panggil geng2 dia mencakar di kaki Lima kat segget berhampiran plaza seni,, memang meriah, memang best, memang cool diowang ni, selambe je buat live drawing kat sane, bukan siang aje, malam pon diowang dah bantai drawing sekarang ni,

Taib Razak sedang menconteng muka pelanggan

Sebelum ni memang agak sunyi jugak kat kawasan tu bila waktu malam, semenjak adanya geng-geng CAKAR ni, kat situ makin tambah meriah, so secara tak lansung ramai le pelancong datang melepak kat situ, ada yang dok melepak sesaje je nak tengok, ade jugak yang datang nak mukanya diconteng kat kertas, wah memang best la,
Taib razak tengah tengok gengnya melukis

Kepada mereka yang berminat nak join sama menconteng kat situ, ataupon nak cari kawan2 yang minat seni kat Jb ni,marilah beramai ke kaki lima plaza seni, cari kat KIOSK AUR,

Jumaat, 20 Ogos 2010

The Art of Abang Long

Dah memang tak asing lagi kat negara kita, mana-mana  kita pergi memang ada je poster-poster Along yang bersepah dan menjelikan mata, macam-macam bentuk, macam-macam saiz dan macam-macam design, ada yang sampai siap buat banner,,

kat pencawang elektrik pon ada


perang poster

Kadang-kadang kita nak tengok signboard jalan pon dah tak nampak, merata-rata dah macam perang poster nak pilihanraya, semuanya nak best sebab nak tarik minat peminjamnya,

Tapi kalau diperhatikan betul2 dah macam seni kolaj pon ada gak, cuma kolaj yang besar dan tak artistik, hahahahahaha, tapi bagi aku ini bukan lah satu kategori seni, sebab yang menampal poster ni menampal dengan seksuka hati je, sehingga mancacatkan penglihatan mata, menyusahkan orang nak tengok papantanda, dan buat rasa jijik dideria rasa,,,

Bagi aku seni tu indah, apa yang kita pandang, apa yang kita rasa, apa yang kita feel, bila dilihat penuh inspirasi, dan bukan sesuatu yang mencacatkan, tapi aku tak boleh nak sangkal perspektif seseorang bila mengatakan, sesuatu yang seumpama ini adalah seni bagi mereka,
seni cacat menggunakan warna panas dan ceria

koyakkan aje bila nampak tu

Bila melihat pada asasnya, corak rekaan poster menggunakan warna-warna panas, meriah dan ceria, seperti merah, kuning dan hijau, ala-ala style Fauvisme, seni yang bermula pada era tahun 1905--1909 yang diperkenalkan oleh pebgkritik seni Louis Vauxcelles, diatara pelukis-pelukis hebat masa tu sepertiMatisse, Derain dan Vlaminck.

Apa yang berbeza, ialah diowang mletakkan warna-warna panas, meriah dan ceria, ini pada karya lukisan lanskap, figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman, tapi Along hanyalah setakat kotak dan nombor yang disusun atur untuk memudahkan pembaca, so jelas sekali poster-poster ini bukanlah satu karya seni yang harus di teruskan. kesimpulannya alau nampak poster-poster ni, haruslah dikoyakkan supaya tidak mencacatkan mata dan menyusahkan orang ramai..
matisse- harmony in red




Khamis, 19 Ogos 2010

Vandal atau Seni?

credit to suteramalaya.blogspot.com
credit to adlankhalidi.com
"Pergh... ape kejadahnya la bebudak ni asik nak menyonteng dinding, tu lah suruh pegi sekolah taknak, pastu rosak harta kerajaan, tak habis-habis nak menjahanam, kalau la anak aku dah lama aku sepak, tak pon aku terajang buat cam bola"..

Maki hamun yang biasa aku dengar dari orang2 yang buta seni, buta seni atau buta hati,,, diowang masih tak boleh nak bezakan seni, cuba kat situ letak poster gambar Siti Nurhaliza ke, tak pon letak besar2 gambar Dato' M Daud Kilau, yang bila ditanggalkan poster-poster tu akan meninggalkan kesan cat terkopak yang lagi menjijikkan mata memandang,

"Kenapa la korang ni pegi Conteng kat dinding tu?, dah elok2 dah dinding tu warna putih, korang pegi lukis2 gambar ntah ape2 ntah, kalau nak conteng, contengla kat kertas, " hahahaha, sekali lagi ayat sindir normal,,,, Nama pon seni,, bila berseni kena lah ade penontonnya, konsepnya sama macam menyanyi, kalau menyanyi sorang2 dalam bilik air sendiri je lah yang dengar, kalau suara sedap dan jadi artis, takkan nak nyanyi dalam bilik air je, mestilah atas stage untuk hiburkan orang, samalah jugak cam diowang ni, diowang lukis kat dinding public, untuk tontonan orang yang mampu menilainya, diowang bukan conteng benda yang merepek,  apa yang diowang lukis penuh motif, tak semua orang mampu jadi cam diowang,



Orang2 macam ini lah yang harus dipuji, kerana effort dan disiplin diowang nak siapkan satu kerja, ada sponsor dari mane2 badan yang belikan diowang tin spray ke??? NO.......... duit poket sendiri,,, itu sesuatu yang harus kite respect

Selamat

Nama aku Anas, ape yang aku dan korang paham pasal seni,, ???


Indah, cantik, lawa, hebat, marvelous, semua perkataan yang biasa kita dengar pasal seni, bila cakap pasal seni, orang mula kaitkan lukisan yang cantik-cantik dan hebat, walhal banyak lagi benda yang berkait dengan seni, ada plak yang kata "aku tengah menyonteng dinding ni, ini pon seni jugak"....

Terlalu luas maksud yang berkaitan dengan seni, terlalu banyak yang nak dirungkai, dari Seni zaman pertengahan hingga Seni  Abad ke 20, sampai tak terungkai dengan kata2, apa yang aku tahu seni tu indah dan sangat best kalau kite pahami, aku bukanlah seorang yang arif dan faham sangat pasal seni, tapi aku amat meminati seni, aku tak pandai melukis, tapi kalau setakat lukis kartun lidi tu, boleh tahan jugak la hebatnya.

Masa aku kecik aku memang suka melukis, lukisan yang aku lukis mase kecik2 memang cantik, aku selalu la masuk pertandingan melukis, selalu jugaklah aku menang hadiah, aku memang minat melukis, Bila aku dah besar aku still lagi minat pada melukis, tapi lukisan tu sama masa aku lukis masa time aku kecik2 dulu, baru lah aku sedar yang aku hanya hebat melukis pada zaman aku kecik2 dulu,