Pages

Jumaat, 20 Ogos 2010

The Art of Abang Long

Dah memang tak asing lagi kat negara kita, mana-mana  kita pergi memang ada je poster-poster Along yang bersepah dan menjelikan mata, macam-macam bentuk, macam-macam saiz dan macam-macam design, ada yang sampai siap buat banner,,

kat pencawang elektrik pon ada


perang poster

Kadang-kadang kita nak tengok signboard jalan pon dah tak nampak, merata-rata dah macam perang poster nak pilihanraya, semuanya nak best sebab nak tarik minat peminjamnya,

Tapi kalau diperhatikan betul2 dah macam seni kolaj pon ada gak, cuma kolaj yang besar dan tak artistik, hahahahahaha, tapi bagi aku ini bukan lah satu kategori seni, sebab yang menampal poster ni menampal dengan seksuka hati je, sehingga mancacatkan penglihatan mata, menyusahkan orang nak tengok papantanda, dan buat rasa jijik dideria rasa,,,

Bagi aku seni tu indah, apa yang kita pandang, apa yang kita rasa, apa yang kita feel, bila dilihat penuh inspirasi, dan bukan sesuatu yang mencacatkan, tapi aku tak boleh nak sangkal perspektif seseorang bila mengatakan, sesuatu yang seumpama ini adalah seni bagi mereka,
seni cacat menggunakan warna panas dan ceria

koyakkan aje bila nampak tu

Bila melihat pada asasnya, corak rekaan poster menggunakan warna-warna panas, meriah dan ceria, seperti merah, kuning dan hijau, ala-ala style Fauvisme, seni yang bermula pada era tahun 1905--1909 yang diperkenalkan oleh pebgkritik seni Louis Vauxcelles, diatara pelukis-pelukis hebat masa tu sepertiMatisse, Derain dan Vlaminck.

Apa yang berbeza, ialah diowang mletakkan warna-warna panas, meriah dan ceria, ini pada karya lukisan lanskap, figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman, tapi Along hanyalah setakat kotak dan nombor yang disusun atur untuk memudahkan pembaca, so jelas sekali poster-poster ini bukanlah satu karya seni yang harus di teruskan. kesimpulannya alau nampak poster-poster ni, haruslah dikoyakkan supaya tidak mencacatkan mata dan menyusahkan orang ramai..
matisse- harmony in red




3 ulasan:

  1. Aku kekadang rimas ar tengok iklan diorang nih...Kadang pernah terpikir nak gi simbah je iklan diorang ngan cat merah..Biar di gerun sikit...Asik dia je simbah org....

    BalasPadam
  2. memang betol pon, tapi ape nak buat ,, kepelabgaian dalam keseragaman, camtu lah "art" nya, cuma mesej dalam art tu tak sampai, yang sampai mesej kepada peminjam je,,,, :)

    BalasPadam
  3. taib, ko pegilah simbah aku sokong je, tapi aku tengok dari jauhla,, jage line..

    BalasPadam