Pages

Khamis, 19 Ogos 2010

Vandal atau Seni?

credit to suteramalaya.blogspot.com
credit to adlankhalidi.com
"Pergh... ape kejadahnya la bebudak ni asik nak menyonteng dinding, tu lah suruh pegi sekolah taknak, pastu rosak harta kerajaan, tak habis-habis nak menjahanam, kalau la anak aku dah lama aku sepak, tak pon aku terajang buat cam bola"..

Maki hamun yang biasa aku dengar dari orang2 yang buta seni, buta seni atau buta hati,,, diowang masih tak boleh nak bezakan seni, cuba kat situ letak poster gambar Siti Nurhaliza ke, tak pon letak besar2 gambar Dato' M Daud Kilau, yang bila ditanggalkan poster-poster tu akan meninggalkan kesan cat terkopak yang lagi menjijikkan mata memandang,

"Kenapa la korang ni pegi Conteng kat dinding tu?, dah elok2 dah dinding tu warna putih, korang pegi lukis2 gambar ntah ape2 ntah, kalau nak conteng, contengla kat kertas, " hahahaha, sekali lagi ayat sindir normal,,,, Nama pon seni,, bila berseni kena lah ade penontonnya, konsepnya sama macam menyanyi, kalau menyanyi sorang2 dalam bilik air sendiri je lah yang dengar, kalau suara sedap dan jadi artis, takkan nak nyanyi dalam bilik air je, mestilah atas stage untuk hiburkan orang, samalah jugak cam diowang ni, diowang lukis kat dinding public, untuk tontonan orang yang mampu menilainya, diowang bukan conteng benda yang merepek,  apa yang diowang lukis penuh motif, tak semua orang mampu jadi cam diowang,



Orang2 macam ini lah yang harus dipuji, kerana effort dan disiplin diowang nak siapkan satu kerja, ada sponsor dari mane2 badan yang belikan diowang tin spray ke??? NO.......... duit poket sendiri,,, itu sesuatu yang harus kite respect

Tiada ulasan:

Catat Ulasan